http://www.youtube.com/watch?v=ijZb4i4oQTc&playnext_from=TL&videos=oxxY9m4rKO4&feature=sub
B. Hak-hak istimewa Melayu
Implikasinya sebagai rakyat mereka ini berhak menikmati segala kemudahan-kemudahan yang ada dan diizinkan oleh negara, termasuk hak berpolitik dan menyertai pemerintahan, menceburi perniagaan dan lapangan ekonomi dengan seluas-luasnya, mencapai kemajuan dalam pendidikan dan lain-lain. Malah melalui demokrasi meeka boleh mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada orang Melayu dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan.
Hak kerakyatan dengan syarat-syarat yang liberal adalah hadiah yang paling besar diperolehi orang-orang bukan Melayu memandangkan tempoh penghijrahan mereka yang sangat baru. Ia merupakan kejayaan perjuangan pemimpin-pemimpin mereka dalam berunding bagi mendapatkan hak ini diterima. Kpeada orang-orang Melayu ia merupakan suatu pengorbanan yang iada tolok banding dalam menerima kerakyatan bukan Melayu kerana ia sekaligus menyamakan status penduduk asal dengan pendatang-pendatang.
Dalam menerima kerakyatan bukan Melayu dan segala hak yang berkaitan, orang-orang Melayu terdedah kepada persaingan dalam semua lapangan baik politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Tiada jaminan bahawa mereka dapat bertahan dalam persaingan ini, satu hakikat yang diakui oleh penjajah Inggeris. Maka dengan itu wujud perlindungan dan kedudukan istimewa yang diberi kepada orang Melayu.
Kita Terima mereka kerana keperimanusiaan dan sedarlah kawan pada ketika itu mereka adalah kaum terbuang dan merempat di Negeri melayu


.
Suruhanjaya Reid telah mengambil kira Memorandum Perikatan sebagai yang wajar tetapi setelah menimbangkan hak-hak semua rakyat di bawah demokrasi, mengesyorkan hak-hak istimewa Melayu adalah untuk tempoh lima belas tahun saja. Jelas syor ini tidak adil kepada orang-orang Melayu yang telah berkorban dalam berkongsi kerakyatan dengan penduduk bukan Melayu. Ianya juga tidak realistic kerana untuk satu-satu bangsa menjadi cukup berdaya saing, tiada batasan waktu boleh ditetapkan. Orang Melayu rata-rata termasuk wakil-wakil UMNO menentang keras syor suruhanjaya ini
China dengan Red army nya India pula bergelut dengan Pakistan Tanah Melayu merupakan lombong emas pada ketika itu

Tanah: Simpanan Melayu adalah penerusan dasar sebelum merdeka lagi bagi mempastikan pemilikan orang-orang Melayu tidak terusik. Tetapi luas tanah ini di satu-satu negeri itu hendaklah tidak melebihi tanah yang tebuka untuk semua kaum. Tanah dikekalkan dalam bidang kuasa negeri dan statusnya boleh diubah mengikut persetujuan Exco Negeri tetapi tidak harus melanggar peruntukan Akta Simpanan Tanah Melayu. Hakikatnya banyak dari tanah Melayu terjual bagi tujuan pembangunan tanpa diganti balik.

Permit dan Lesen: Kuota boleh diadakan untuk orang-orang Melayu dalam permohonan permit dan lessen-lsen perniagaan. Ini bagi membolehkan penyertaan mereka yang lebih luas memandangkan mereka adalah terkebelakang dalam perniagaan dan lapangan ekonomi umumnya. Tanpa kuota ini tiada jaminan yang mereka akan beroleh satu bahagian yang adil dan faedah-faedah ekonomi. Tetapi ini tidak bermakna sengaja melakukan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain. Sebarang permit atau perniagaan milikan mereka tidak boleh ditarik balik semata-mata untuk dibahagikan kepada orang Melayu. Dengan itu tiada halangan bagi kaum-kaum bukan Melayu untuk menjalankan perniagaan mereka dengan sebebas-bebasnya.
